Tuesday, 31 March 2015

PENGENALAN SURAU AL IKHWAN SK BUKIT TINGGI

SELAMAT DATANG KE SURAU AL IKHWAN SK BUKIT TINGGI KEPALA BATAS
ALOR SETAR KEDAH DARULAMAN..





SURAU ALIKHWAN TELAH DIASASKAN PADA TAHUN 2001,
SELARAS DENGAN PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN 
BUKIT TINGGI.

      BERKELUASAN  HAMPIR 1000 KAKI PERSEGI, SURAU INI MAMPU MEMUATKAN SEKITAR 100 ORANG MURID UNTUK MENUNAIKAN SOLAT BERJAMAAH DAN SEKITAR 150 MURID UNTUK  SEBARANG AKTIVITI SEPERTI CERAMAH , MOTIVASI DAN SEBAGAINYA .

    SELAIN UNTUK KEGUNAAN MURID, GURU DAN SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI ,SURAU INI JUGA MENJADI KEMUDAHAN SOLAT DAN IBADAH KEPADA PELAWAT ATAU PENGUNJUNG YANG DATANG 
KE SEKOLAH.

Sunday, 29 March 2015

Friday, 27 March 2015

INFO IBADAH- SOLAT

NIAT SOLAT 5 WAKTU DAN SOLAT JUMAAT

Niat dalam solat fardhu seperti Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Asar. Niat sembahyang lima waktu ini wajib dilakukan setiap individu yang bergelar muslim. Niat solat dalah perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang kerana ia tergolong dalam Rukun Sembahyang.

Selain solat lima waktu yang dituntut ditunaikan pada setiap hari, terdapat satu lagi kewajipan terhadap kaum Adam iaitu solat Jumaat. Ibadah berkenaan dilihat bukan sekadar kewajipan tetapi ia mempunyai objektif mendalam sekiranya setiap umat Islam menghayati hikmah tuntutan solat tersebut. Jadi apakah niat solat Jumaat ? 

Niat Sembahyang Subuh 

Subuh

Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Zohor

zohor
Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah


Niat Sembahyang Asar

Asar
Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Maghrib

Maghrib

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
   

Niat Sembahyang Isyak

Isyak
Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

  
Niat Sembahyang Jumaat

Jumaat
Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.

Syarat wajib sembahyang

Syarat wajib Sembahyang iaitu: 
  1. Islam ( Bagi yang bukan Muslim tidak diwajibkan, kerana tidak akan sah sebelum ia menjadi mukmin dan berpegang pada tauhid ) 
  2. Baligh ( Mencapai usia akil baligh iaitu bagi perempuan, "dia telah mengalami haid atau bermimpi berahi di mana dia telah mengeluarkan air mani" manakala bagi lelaki, " dia telah bermimpi berahi dan mengeluarkan air mani" )
  3. Suci daripada haid dan nifas ( Bagi kaum perempuan)
  4. Berakal ( Orang gila dan yang hilang kesedarannya tidak diwajibkan sembahyang sampai ia sedar kembali )




Read more: http://www.adibsite.com/2013/03/niat-solat-5-waktu-dan-solat-jumaat.html#ixzz3Rmp6HvqE

Wednesday, 25 March 2015

CARA MENDIRIKAN SOLAT

Cara menunaikan sembahyang waktu Zuhur, Asar & Isyak

1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]
2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]
3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]
4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah
AL_FATIHAH ]
5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama
TAKBIR ]
6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama
RUKUK ]
7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud 
IKTIDAL ]
8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [SUJUD ]
9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat pertama
DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD]
11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah
Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]
12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua
TAKBIR ]
13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]
14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi 
rakaat kedua [ IKTIDAL ]
16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD]
17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua
DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
19. Membaca tahiyat awal
TAHIYAT AWAL ]
20. Kembali ke rakaat ketiga dimana membaca 
surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]
21.Takbir untuk rukuk bagi rakaat ketiga
TAKBIR ]
rukun_2.gif
22. Rukuk bagi rakaat ketiga [ RUKUK ]
23. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi 
rakaat ketiga [ IKTIDAL ]
24. Sujud pertama bagi rakaat ketiga [ SUJUD]
25. Duduk antara dua sujud dalam rakaat ketiga
DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
26. Sujud kedua bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]
27. Kembali ke rakaat keempat
dimana membaca 
surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]
28.Takbir untuk rukuk bagi rakaat keempat
TAKBIR ]
29. Rukuk bagi rakaat keempat [ RUKUK ]
30. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi 
rakaat keempat [ IKTIDAL ]
31. Sujud pertama bagi rakaat keempat
SUJUD ]
32. Duduk antara dua sujud dalam rakaat 
keempat
DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
33. Sujud kedua bagi rakaat keempat
SUJUD ]
34. Membaca tahiyat akhir
TAHIYAT AKHIR ]
35. Memberi salam [ SALAM ]

Monday, 23 March 2015

TAKBIRATUL IHRAM

Takbiratul Ihram


BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR
Melafazkan "Allahu Akhbar":-









Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan"Allahu Akbar"







 







 Yang Bermaksud:-
Allah Maha Besar



Mengangkat takbiratul ihram bagi lelaki


Mengangkat takbiratul ihram bagi perempuan











Di bawah menunjukkan perbezaan antara cara perempuan dan lelaki semasa mengangkat takbiratul ihram:-

BAGI LELAKI 









Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.


 



Bagi lelaki, kedua - dua belah tangan di angkat di paras telinga. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang


BAGI PEREMPUAN

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.


Bagi perempuan, kedua - dua belah tangan tidak melebihi paras bahu. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang