Tahiyat Akhir
DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR
Bacaan tahiyat akhir dan cara duduknya:-
Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad. Wa'ala a-li Muhammad. Kama sollaita 'ala Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala a-li Muhammad. Kama barakta a'la Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Fil 'a-lamina innaka hamidummajid
Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda - ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba - hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas
Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan
Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama dari segi cara duduk dan cara mengangkat jari telunjuk semasa membaca"Asyhadualla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah" dalam tahiyat akhir.
Bacaan tahiyat akhir dan cara duduknya:-
Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Maksudnya:-
Cara kedudukan tangan dan cara mengangkat jari telunjuk:-
kedudukan jari dan tangan
Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama dari segi cara duduk dan cara mengangkat jari telunjuk semasa membaca"Asyhadualla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah" dalam tahiyat akhir.
No comments:
Post a Comment